ONEXOX eSIM

Selari dengan kepesatan teknologi yang semakin maju merentasi zaman, ONEXOX dengan bangganya telah melancarkan teknologi eSIM pada 27 Febuari 2019.


Teknologi terbaharu ini membolehkan pengguna menggunakan talian nombor telefon tanpa kad SIM fizikal.


Teknologi e-SIM dengan pelan ONEXOX BLACK "BURNPROOF" yang fleksibel, anda akan memiliki cara berkomunikasi yang hebat!

eSIM (embedded SIM) merupakan teknologi terbaharu di mana sesetengah model telefon terkini mempunyai cip 'Subscriber Identity Module' (SIM) elektronik yang telah siap dipasang di dalam telefon berkenaan.

Dengan fungsi tersebut membolehkan anda menggunakan talian nombor telefon tanpa memerlukan kad SIM fizikal.

XOX eSIM boleh dilanggan dengan pilihan Empat (4) pelan ONEXOX BLACK iaitu B39, B59e, B39 PLUS50 dan B149.

XOX eSIM juga boleh dilanggan dengan pelan ONEXOX PREPAID dengan lima (5) pakej 'Welcome Deals'.